Kursus yang ditawarkan bermula Tahun 2016

1. Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa (EE-320-2:2012) -  Tahap 2
 

2. Operasi Pembuatan Perabot (RB-050-2:2012) - Tahap 2

3. Seni Solekan (MP-063-2:2012) - Tahap 2

4. Servis & Penyelenggaraan Kenderaan (TP-333-1:2014) - Tahap 1

5. Pengurusan Pejabat (FB-024-2:2012) - Tahap 2

 

 

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui iklan pengisian borang atas talian pada laman sesawang https://www.moe.gov.my/. Tarikh tutup permohonan sila rujuk pada iklan.  Permohonan boleh dibuat pada bulan November setiap tahun. 

 

Permohonan secara terus ke sekolah dibenarkan hanya selepas pendaftaran pelajar melalui aplikasi online selesai.

 

 

Kriteria Permohonan

1. Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia.

2. Pemohon hendaklah mempunyai slip PMR yang telah disahkan.

3. Kemudahan asrama tidak disediakan.

4. Pemohon perlu lulus proses temuduga, ujian matematik dan ujian membaca yang disediakan oleh Pusat Bertauliah Kolej Vokasional Keningau.

5. Surat Tawaran tertakluk kepada kekosongan.